Bukan hanya terdapat satu sahaja kaedah Card Counting dalam Blackjack. Sebaliknya, banyak sistem telah dibangunkan. Salah satu kaedah yang paling mudah dan paling terkenal semestinya adalah Hi-Low atau Hi-Lo. Sistem ini dicipta oleh Harvey Dubner pada tahun 1963. Selepas itu, Julian Braun dan Standord Wong telah memperbaiki sistem tersebut. Baru- baru ini, filem Las Vegas 21 menceritakan semula kisah sekumpulan pelajar yang telah memenangi wang yang banyak dari kasino dengan menggunakan sistem ini.
Operasi asas bagi semua sistem Card Counting
Walaupun terdapat banyak sistem bagi Card Counting, satu kaedah asas operasi yang serupa boleh digunakan. Ini adalah penetapan nilai mata (1,0, atau -1) bagi setiap kad yang telah diberi kepada sama ada para pemain atau Dealer. Sebaik sahaja nilai mata ditetapkan, hanya tambah nilai- nilai ini untuk menentukan sama ada shoe mengandungi kad yang memberikan kelebihan kepada anda atau tidak.
Nilai-nilai kad dalam sistem Hi-Lo
Hi-lo adalah satu sistem yang seimbang. Kad yang bernilai +1 adalah sebanyak kad yang bernilai -1, oleh itu apabila mengira 52 keping kad dalam satu dek akan mendapat 0 pada akhirnya. Dalam sistem Hi-Lo, kad-kad Ace dan kad-kad yang bernilai sepuluh (seperti King, Queen, Jack dan 10) ditetapkan nilai mata -1. 7,8 dan 9 dikira sebagai 0 dan 2,3,4,5 dan 6 adalah ditetapkan nilai mata 1.
Mari kita gunakan contoh untuk memudahkan penjelasan. Bayangkan bahawa shoe yang baru sahaja dikocok dan dealer telah mengedarkan kad- kad: 4,9, Jack,3,5,7 dan Queen. Pengira kad bermula dari 0. Dia menambah +1 untuk 4, 0 untuk 9, -1 untuk Jack, +1 untuk 3, +1 untuk 5, 0 untuk 7 dan -1 untuk Queen. Hasilnya adalah shoe tersebut mempunyai nilai +1.
Bertaruh menggunakan sistem Hi-Lo
Semakin tinggi kiraan anda, semakin banyak kad +1 yang telah diedar, oleh itu, lebih banyak kad yang tinggal dalam shoe yang mempunyai nilai mata -1. Kad- kad tersebut adalah Ace dan kad yang bernilai sepuluh dan mereka memberikan kelebihan kepada para pemain. Justeru, semakin tinggi jumlah kiraan, semakin tinggi kelebihan shoe tersebut kepada para pemain dan anda patut bertaruh dengan lebih banyak. Apabila 0, shoe tersebut adalah neutral. Ia mengandungi bilangan yang sama bagi kad yang besar dan kad yang kecil. Lebih lanjut kiraan tersebut ke negatif, lebih banyak kelebihan shoe kepada tuan rumah. Apabila ini berlaku, anda perlulah membuat taruhan yang sedikit mungkin ataupun meninggalkan meja tersebut.
Kepentingan strategi asas
Mengikuti strategi asas apabila anda cuba untuk memenangi wang dalam Blackjack adalah sangat digalakkan secara universal. Namun begitu, terdapat pengecualian terhadap peraturan ini. Apabila anda menggunakan sistem Card Counting termasuk Hi-Lo, kadang- kadang anda perlu melawan strategi asas.
Sebagai contoh, bayangkan bahawa kad Dealer yang menghala ke atas adalah 10 dan anda mempunyai 16 iaitu satu genggaman tanpa kad Ace berbanding daripada soft 16. Dalam keadaan ini, jika jumlah kiraan adalah 2, ia memberi kelebihan kepada anda untuk stand, bertentangan daripada apa yang dikatakan oleh strategi asas. Secara ringkasnya, apabila shoe mengandungi lebih kad yang besar daripada kad yang kecil, anda mempunyai risiko untuk bust. Iaitu melebihi daripada nilai 21.
Tambahan pula, anda juga dinasihati untuk mengambil insurans apabila nilai shoe tersebut adalah 3 ataupun lebih, walaupun strategi asas menasihatkan anda supaya anda jangan sama sekali menggunakan pilihan permainan ini.
Namun begitu, lazimnya, strategi asas tetap menjadi kaedah yang bagus untuk menang apabila menggunakan sistem Card Counting. Oleh itu, anda patut terus mempercayai strategi ini.
Penggunaan sistem Hi-Lo pada meja yang menggunakan pelbagai dek
Jelas sekali, apabila pemain perlu meningkatkan taruhannya dengan menggunakan sistem Card Counting Hi-Lo bergantung kepada bilangan dek yang dikandungi oleh shoe pada meja Blackjack anda.
Sebagai contoh, jika enam kad pertama yang diedarkan oleh Dealer adalah kad yang lemah, jumlah kiraannya akan menjadi 6 sama ada shoe tersebut mengandungi satu dek ataupun lebih daripada satu dek. Walau bagaimanapun, kelebihannya adalah tidak sama kerana jika shoe mengandungi lebih daripada satu dek. Oleh itu, anda mesti menggunakan sebuah sistem untuk menentukan True Count. Untuk berbuat demikian, bahagikan jumlah kiraan dengan bilangan dek yang digunakan dalam shoe. Ini membolehkan anda untuk menimbang kelebihannya.